LIGA INGGERIS
Oxlade-Chamberlain perlu kekal di Arsenal -- Wenger
Arsene Wenger percaya jika Alex Oxlade-Chamberlain mengambil keputusan untuk berhijrah, ia akan memberikan "masalah besar" buat Arsenal.
Oxlade-Chamberlain menyertai The Gunners pada 2011 daripada Southampton, namun kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim hadapan.
Wenger mahu memastikan kelab tidak akan kehilangan khidmat pemain berusia 23 tahun itu, yang merupakan salah seorang pemain dalam kesebelasan utama -- termasuk Kieran Gibbs, Mesut Ozil, Aaron Ramsey dan Alexis Sanchez, yang masih belum menandatangani kontrak baru.
Iklan
"Secara peribadi, Chamberlain adalah pemain yang perlu kekal di Arsenal," kata Wenger.
"Kami telah meningkatkan mutu permainannya dan saya berpendapat dia memiliki kekuatan mental yang baik.
"Arsenal perlu mengekalkan beberapa pemain yang penting untuk memastikan tradisi kelab ini tidak terjejas."
Must-Watch Video