Penyerang import baru Kelantan Red Warrior (KRW), Otis Khan, meletakkan sasaran untuk membantu pasukan itu kembali ke pentas Liga Super musim depan.
Pemain yang pernah mewakili skuad remaja Manchester United itu percaya dengan komitmen tinggi pihak pengurusan serta kesungguhan barisan pemain, sasaran itu mampu dicapai.
Otis turut menyeru semua penyokong KRW untuk berdiri teguh di belakang pasukan itu bagi harungi saingan Liga A1 Semipro musim ini.
Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu bakal buka kempen Liga A1 dengan bertemu Selangor II di Kota Bharu pada 4 Ogos depan.
"Saya bermain secara profesional selama 10 tahun di UK (United Kingdom), saya mewakili banyak pasukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Sudah sampai masanya untuk karier saya dilebarkan kepada sesuatu yang baru dan Kelantan memiliki projek yang hebat. Saya amat gembira menjadi sebahagian daripadanya.
"Saya juga bermain dengan pasukan kebangsaan Pakaistan, jadi saya agak sudah terbiasa dengan rantau ini."
"Saya sedar Liga Super liga yang besar, Kelantan juga pasukan besar dengan penonton yang hebat. Kami perlukan setiap daripada anda untuk kembali mebawa Kelantan ke tempat sepatutnya, iaitu dalam Liga Super."