Ketiadaan jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez, yang digantung dua perlawanan tidak menggugat prestasi pasukan apabila anak-anak buahnya cemerlang menundukkan Cadiz, awal pagi tadi.

Kehadiran Oscar Hernandez, adik kepada Xavi, merangkap pembantu jurulatih Barcelona, mempunyai rekod yang sangat mengagumkan apabila dia menggantikan abangnya.

Oscar juga dianggap sebagai 'Jurgen Klopp' kerana penampilannya yang seakan mirip seperti pengurus Liverpool itu.

Seperti sedia maklum, Xavi akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini dan dijangka, Oscar juga turut bersedia mengikuti jejak langkah abangnya itu untuk berhijrah ke pasukan lain.