Skip to main content

Bola Sepak

Orang perangai buruk ini wujud, dia tak berhak perlekeh -- Penyerang warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hol.jpg
Pemain warisan baru Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, membalas kenyataan daripada media Colombia yang sebelum ini tidak bersetuju dengan kehadiran pemain America itu bagi menyarung jersi skuad kebangsaan.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal menjadi senjata baru Peter Cklamovski di jentera serangan menjelang perlawanan menentang Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, Selasa depan.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, dia menjelaskan: "Dia tidak berhak bercakap tentang liga, dia tidak berhak mengkritik pemain dan memperlekeh America.


 

"Dia seorang wartawan dan orang yang berperangai buruk ini wujud. Selain itu, dia tidak pernah bermain bola sepak dan tidak tahu apa rasa jadi (pemain)." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video