EPL
Orang kata kami membosankan -- Kata Josh Brownhill
Kapten Burnley, Josh Brownhill, bergurau bahawa Clarets 'membosankan perjalanan kami ke Liga Perdana Inggeris (EPL)' susulan kemenangan 2-1 menewaskan Sheffield United, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Leeds United akan menyertai mereka ke EPL untuk musim 2025/26, selepas pendahulu divisyen kedua itu turut menewaskan Stoke City 6-0 di Ellan Road.
Dengan kemenangan itu, Burnley bukan sahaja mara ke EPL, malah telah mengharungi 31 perlawanan musim ini tanpa sebarang kekalahan -jika mereka tidak tewas dalam dua aksi terakhir, Burnley akan menyamai rekod 33 aksi tanpa kalah yang dicatat Reading pada 2025/26- musim ini.
Iklan
Kenaikan pangkat Clarets itu telah terbina atas kekebalan benteng pertahanan, dengan kelab itu mencatat rekod 12 gol berturut-turut pada awal penggal, dan hanya melepaskan 15 gol sepanjang kempen kali ini.
"Saya buntu, dengan semua kerja keras musim ini. Kami telah disingkirkan berkali kali, orang kata kami membosankan. Kami telah membosankan perjalanan kami ke EPL.
"Ia memerlukan seluruh pasukan, bukan hanya empat pemain pertahanan, perjaga gol, ia memerlukan semua orang." katanya.
Must-Watch Video