Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan.
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bakal dimeriahkan dengan perlawanan amal membabitkan pilihan bekas pemain Kelantan menentang legenda Selangor pada hujung minggu ini.
Inisiatif itu disambut baik oleh peminat tempatan yang merindui suasana hangat bola sepak Kelantan seperti zaman kegemilangan sekitar lebih 10 tahun lalu.
The Red Warriors akan dibarisi bintang kejuaraan treble seperti Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, pemain import terkemuka Liga Super suatu ketika dahulu, Dickson Nwakaeme, turut hadir sebagai pemain utama, sekali gus menemui semula penyokong Kelantan selepas sekian lama meninggalkan Malaysia.
Bekas penyerang Terengganu, Francis Forkey Doe, juga tidak melepaskan peluang untuk bermain dalam aksi tersebut, selain Razman Roslan, Azidan Sarudin dan Azamuddin Akil turut menyertai malam yang dinanti-nantikan itu.
Siapakah yang merebut kejuaraan?