Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, berasakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlalu terburu-buru melepaskan hak pengurusan pasukan kebangsaan kepada entiti luar.
Berikutan kemelut yang sedang menimpa bola sepak negara ketika ini, di mana tujuh pemain warisan digantung atas dakwaan pemalsuan dokumen, Azlan bersimpati dengan nasib Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, yang digantung tugas serta-merta pada Jumaat lalu.
"Saya tidak faham kenapa kita terlalu terburu-buru membuat keputusan untuk memberikan hak menguruskan pasukan kebangsaan kepada orang luar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Bagi saya, sejak dari dulu pasukan kebangsaan sudah diuruskan oleh orang kita dan ia berjaya.
"Yang mengejutkan dan membuatkan saya rasa bersimpati ialah apabila Setiausaha Agung, Datuk Azman, pula direhatkan.
"Saya rasa terkejut kerana yang sepatutnya direhatkan ialah pengurusan skuad kebangsaan. Mereka lah yang sepatutnya direhatkan sepanjang satu siasatan terperinci dilakukan FAM.
"Bagi saya, merehatkan Noor Azman merupakan satu keputusan yang kurang bijak daripada FAM."
Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada hujung bulan lalu menggantung 12 bulan tujuh pemain warisan negara, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang