Ong Kim Swee sah milik Laskar Sambernyawa!
Saufi Tahir
November 26, 2024 11:59 MYT
November 26, 2024 11:59 MYT
Datuk Ong Kim Swee diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih baru Persis Solo menerusi laman rasmi kelab bola sepak yang bersaing dalam Liga Utama Indonesia itu, hari ini.
Pengendali berusia 53 tahun itu membuka lembaran baru di negara jiran selepas tiga musim bersama Sabah dalam kancah Liga Malaysia sejak 2021.
?????????? ????. ??? ??? ???? ?? ? ???. ?#LaskarSambernyawa pic.twitter.com/4IpqRx7zJQ
— PERSIS (@persisofficial) November 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia hadir dengan rekod baik sebagai bekas pengendali skuad muda, serta membantu Sabah berada di kedudukan ketiga teratas Liga Super 2024/25 selepas 14 perlawanan dengan meraih lapan kemenangan, dua seri dan empat kali tewas.
Aksi berdepan PT Athletic yang berakhir dengan kemenangan 4-0 buat The Rhinos merupakan aksi terakhirnya buat kelab itu dalam saingan Piala Malaysia 2024/25.
Credit Photo: Persis Solo