Pengendali berusia 53 tahun itu membuka lembaran baru di negara jiran selepas tiga musim bersama Sabah dalam kancah Liga Malaysia sejak 2021.
?????????? ????. ??? ??? ???? ?? ? ???. ?#LaskarSambernyawa pic.twitter.com/4IpqRx7zJQ
— PERSIS (@persisofficial) November 25, 2024
Dia hadir dengan rekod baik sebagai bekas pengendali skuad muda, serta membantu Sabah berada di kedudukan ketiga teratas Liga Super 2024/25 selepas 14 perlawanan dengan meraih lapan kemenangan, dua seri dan empat kali tewas.
Aksi berdepan PT Athletic yang berakhir dengan kemenangan 4-0 buat The Rhinos merupakan aksi terakhirnya buat kelab itu dalam saingan Piala Malaysia 2024/25.
Credit Photo: Persis Solo