Kemenangan 4-0 berdepan PT Athletic dalam perlawanan Unifi Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras merupakan penampilan terakhirnya bersama Sang Badak, semalam.
Kenangan manis itu disambut oleh semua pemain yang mengerumuninya selepas tamat permainan sebagai tanda perpisahan buatnya.
Media antarabangsa Indonesia, transferliga1, memuat naik kenyataan bahawa bekas pengendali Harimau Muda secara rasminya diumumkan sebagai jurulatih pasukan Liga 1 Indonesia, Persis Solo.
Namun, tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
Lebih menarik, Persis Solo kini menduduki tangga tiga tercorot carta liga dengan pungutan tujuh mata selepas 11 aksi.
Club Statement: Konfirmasi Kehadiran Pelatih Anyar PERSIS#LaskarSambernyawahttps://t.co/wFzMYEplZo
— PERSIS (@persisofficial) November 22, 2024
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Moussa Sidibe, turut berada dalam senarai pemain pasukan tersebut selepas menyertai Ratchaburi sebelum ini.
Kim Swee secara rasmi meninggalkan tugasnya sebagai ketua jurulatih The Rhinos selepas kontraknya tamat bulan ini.
Keputusan itu diumumkannya dengan penuh berat hati kelmarin, yang menandakan penamat kepada tempoh 36 bulan kecemerlangannya di Kota Kinabalu sejak 2021.
Di bawah bimbingannya, Sabah mencapai beberapa kejayaan penting, termasuk prestasi cemerlangnya membawa pasukan itu menamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC musim lalu.