Skip to main content

Bola Sepak

Onana sertai Trabzonspor secara pinjaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre.jpg
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana, mengesahkan perpindahannya secara pinjaman selama satu musim ke kelab Liga Turkiye, Trabzonspor.

Pemain kelahiran Cameroon berusia 29 tahun itu telah membuat 102 penampilan buat The Red Devils selain menjadi watak penting kejayaan United merangkul Piala FA 2024.

Berdasarkan kenyataan rasmi kelab berkongsikan:" Penjaga gawang Manchester United, Andre Onana, telah menyertai Trabzonspor secara pinjaman untuk musim 2025/26. 






"Perpindahan itu telah selesai sebelum jendela perpindahan Liga Turki ditutup pada Jumaat. Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Onana." katanya.

Terdahulu, Onana diketepikan Ruben Amorim daripada jelajah pramusim Manchester United di Amerika Syarikat selepas mengalami kecederaan hamstring.

Malah, kehadiran penjaga gol baharu, Senne Lammens dari Antwerp menyukarkan lagi Onana untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama United dengan prestasi tidak konsisten, malah turut perlu bersaing bersama Altay Bayindir dan penjaga gol berpengalaman, Tom Heaton.

Advertisement

Must Watch Video