Skip to main content

Bola Sepak

Onana cipta gerakan gol buat Trabzonspor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

onana.jpg
Andre Onana menghasilkan persembahan hebat dalam perlawanan keduanya dengan mencipta gerakan gol buat Trabzonspor, awal pagi tadi. 

Penjaga gol yang dipinjamkan ke kelab Turkiye itu mara ke bahagian bek kanan sebelum melancarkan hantaran jauh sebelum disudahkan Paul Onoachu untuk tuan rumah terikat 1-1. 

Sepanjang dua tahun memegang peranan utama di gawang Manchester United, pemain berusia 29 tahun itu tidak pernah menghasilkan sebarang bantuan jaringan. 





Onana dilepaskan secara pinjaman berikutan siri kesilapannya yang menyebabkannya kehilangan posisi kepada Altay Bayindir dan Senne Lammens.

Trabzonspor pula berada di kedudukan keempat Super Lig selepas melangsungkan enam perlawanan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video