Skip to main content

Bola Sepak

Onana bakal beraksi bersama adik penyerang Kelantan, Pahang di Liga Turkiye?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oma.jpg
Penjaga gawang Manchester United, Andre Onana, dikhabarkan bakal menyertai kelab Liga Turkiye, Trabzonspor, secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Ironinya, adik kepada bekas pemain Kelantan dan Pahang, Dickson Nwakaeme, iaitu Anthony Nwakaeme turut beraksi selaku penyerang di kelab sama.

Dickson dikenali sebagai 'Orang Besi' merupakan watak penting yan memenangi kejuaraan treble bersama Kelantan pada 2012.


 


Kehadiran penjaga gol baharu, Senne Lammens dari Antwerp menyukarkan lagi Onana untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama United dengan prestasi tidak konsisten, malah turut perlu bersaing bersama Altay Bayindir dan penjaga gol berpengalaman, Tom Heaton.

Untuk rekod, Onana tiba di Old Trafford dari Inter Milan nilai pembelian £47.2 juta (RM269 juta) dengan status cemerlang selepas muncul antara watak penting memacu pasukannya menjuarai Serie A.

Trabzonspor kini menduduki tangga kedua Liga Turkiye dengan 10 mata selepas empat perlawanan.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video