Skip to main content

Bola Sepak

Omar sedia jadi mimpi buruk Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

omar.jpg
Perancang tengah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Abdulrahman Ahmed Al-Raaki Al-Amoodi, sedia untuk sekali lagi menjadikan pertemuan menentang Malaysia sebagai mimpi buruk lawan seperti yang dilakukannya di Abu Dhabi empat tahun lalu.

Omar atau lebih dikenali sebagai Amoory muncul individu penting di sebalik kemenangan besar 10-0 pasukannya ke atas skuad Harimau Malaya pada 2015.

Meskipun tidak menghasilkan jaringan, bintang tengah Al-Jazira (Abu Dhabi) itu tampil sebagai pemusnah utama menerusi enam hantaran gol dengan persembahan memukau di atas padang.

Malah, Omar turut meledak satu gol ketika membantu UAE menewaskan Malaysia 2-1 dalam pertemuan kedua di Stadium Shah Alam pada tahun sama sebelum sekali lagi berada di
Malaysia kali ini.

"Perlawanan itu sudah berlalu dan saya percaya pasukan Malaysia akan tampil dengan skuad berbeza kali ini tetapi saya dan rakan-rakan tetap mahu memastikan pasukan kami mencapai kemenangan dalam perlawanan (malam esok).

"Kami tidak memandang mudah lawan tapi kami mempunyai keyakinan untuk meraih kemenangan," kata Omar.

Sementara itu, jurulatih UAE, Bert Van Marwijk, mengambil pendekatan waspada apabila mengakui Malaysia mampu mengadirkan tentangan hebat kepada anak buahnya.

Ia berdasarkan penilaian bekas jurulatih Belanda itu terhadap persembahan skuad negara ketika perlawanan pertama menentang Indonesia di tempat lawan Khamis lalu.

"Mereka memiliki barisan pemain yang memiliki kemahiran teknikal yang tinggi serta pantas. Kami harus berwaspada dan ini bukanlah perlawanan yang mudah," katanya.

Advertisement

Must Watch Video