Skip to main content

Bola Sepak

Oman kutuk tindakan penyokong Indonesia ancam pengadil, Ahmed Al-Kaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oman.jpg
Persatuan Bola Sepak Oman (OFA) mengutuk sekeras-kerasnya provokasi dan penggunaan bahasa berbentuk ancaman yang menakutkan pengadil antarabangsa, Ahmed Al-Kaf dan pembantunya selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Bahrain dan Indonesia.

OFO menyeru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk memikul tanggungjawab bagi melindungi pengadil sekali gus memastikan keselamatan pengadil perlawanan.

Dalam pada itu, persatuan itu terus komited untuk meneruskan sokongan kepada pengadil yang terpalit dengan kontroversi itu.


 


Terdahulu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menghantar surat bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu perlawanan Bahrain-Indonesia yang menyaksikan aksi berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Ini susulan Indonesia gagal untuk meraih tiga mata apabila gol penyamaan Bahrain muncul pada minit 90+9 meskipun masa tambahan yang diberikan pengadil ke-4 adalah selama 6 minit.


 


 

Advertisement

Must Watch Video