Skip to main content

Bola Sepak

Olympiacos umum Marcelo sebagai bintang baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcelo-real-madrid.jpg
Marcelo memeterai perjanjian dengan juara Liga Super Greece, Olympiacos, selepas mengakhiri kerjaya gemilangnya di Real Madrid.

Pertahanan kiri itu -– juara Eropah lima kali -– menjadi pengganti Ferland Mendy dalam barisan Madrid musim lalu apabila hanya memulakan tujuh perlawanan ketika Los Blancos mengungguli LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL).

Walaupun Marcelo merupakan ketua pasukan gergasi Sepanyol itu, Karim Benzema kebiasaannya menjadi pilihan untuk mengetuai pasukan kendalian Carlo Ancelotti tersebut. 

Situasi itu memaksa Marcelo untuk berkelana sebaik kontraknya tamat di penghujung musim 2021-22, sekali gus menamatkan tempoh 15 tahun bersama kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Marcelo berkata selepas meninggalkan Madrid: "Saya tidak akan bersara, belum lagi. 

"Saya rasa saya masih boleh bermain. Menghadapi Real Madrid tidak akan menjadi masalah. Saya seorang Madridista yang tegar tetapi saya juga seorang yang amat profesional."


 

Khidmatnya boleh dilamar sebagai ejen percuma dan baru-baru ini sempat dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City.

Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu menjadikan Olympiacos sebagai destinasinya sambil kelab Greece berkenaan menyifatkannya sebagai "legenda bola sepak sejati" ketika mengumumkan kesepakatan mereka. 

Tidak mungkin ada peluang untuk menentang Madrid musim ini berikutan Olympiacos gagal melayakkan diri ke peringkat kumpulan UCL selepas tewas kepada Maccabi Haifa dalam pusingan awal.

Advertisement

Must Watch Video