Pemain tengah PKNS, Nurridzuan Abu Hassan, tidak sesekali rela meranapkan impian PKNS dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia walaupun lawan yang bakal ditemui merupakan bekas majikannya, Perak.
Nurridzuan menegaskan dia tiada sebarang rasa bersalah andai kelibatnya mampu meletakkan PKNS dalam kedudukan selesa walaupun Perak merupakan pasukan pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional.
Beraksi bersama PKNS, Nurridzuan mahu melunaskan segala impian pasukan walaupun syarat yang perlu ditempuhi adalah mematahkan harapan besar skuad kendalian Mehmet Durakovic itu, Selasa ini.
"Tumpuan utama saya adalah kemenangan untuk PKNS. Berdepan Perak tidak membuatkan saya terkilan," kata Nurridzuan.
Tegasnya lagi, dia berada dalam kondisi terbaik untuk membantu PKNS kali ini.
Masalah kecederaan panjang yang membelenggu pemain ini sejak penampilan bersama Perak bukan lagi kebimbangan utamanya.
Dia bebas daripada sebarang kecederaan dan menganggap suku akhir Piala Malaysia sebagai peluang terbaik membuktikan tahap permainannya, terutama sentuhan magisnya daripada sepakan percuma.
"Menyedari aksi menentang Perak adalah sukar di Ipoh, tetapi jika PKNS dapat memberikan tumpuan sepanjang permainan, tidak mustahil kami dapat melakar kemenangan."