Ahli Jawatankuasa Skuad Kebangsaan, Datuk Nur Azmi Ahmad, berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diberikan ruang untuk memperjelaskan keadaan sebenar.
Kerana langkah itu akan menjadi bukti kukuh untuk menyangkal pertuduhan dan hukuman yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pada pandangannya, tidak adil hukum Malaysia dengan hanya satu aduan.
Ahli Jawatankuasa Skuad Kebangsaan FAM itu berharap ada berita baik sepeninggalan Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, ke Zurich sejak dua hari lalu.
"Tak adil hukum Malaysia (hanya berdasarkan) dengan satu aduan," katanya.
Jika usaha untuk mendapatkan kembali tujuh 'Malaysian Abdoad' sukar, Malaysia sekurang-kurangnya ada peluang untuk memastikan kutipan enam mata dalam dua aksi kelayakan Piala Asia lalu tidak berlaku atau pengurangan denda sebanyak RM1.8 juta ke atas FAM boleh dipertimbang FIFA.
Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tersebut juga menegaskan tuduhan FIFA itu bersifat berat memandangkan kelulusan menurunkan pemain 'Malaysia Abroad' sudah diluluskan.
"Peraturan perlu dipatuhi. Saya berasa musykil kerana FIFA telah keluarkan surat kebenaran untuk pemain mewakili Malaysia.
"Dan apabila aduan, ia tidak adil buat pasukan negara (kerana) kita telah mengikuti proses tersebut," katanya lagi.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang