Skip to main content

Bola Sepak

Nuno lega dengan reaksi Spurs ketika benam Aston Villa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nuno.jpg
TOTTENHAM HOTSPUR 2 ASTON VILLA 1

Nuno Espirito Santo lega apabila melihat Tottenham menamatkan rentetan kekalahan dengan menewaskan Aston Villa 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri malam tadi.

Pengurus berbangsa Portugis itu gembira dengan perwatakan yang dipamerkan pemainnya.

Spurs turun dalam perlawanan itu selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam saingan liga dan satu lagi kekalahan akan menyaksikan mereka merekodkan prestasi terburuk sejak 17 tahun lalu.

Keadaan itu turut menyebabkan masa depan Nuno bersama pasukan itu dipersoalkan, di mana Spurs kelihatan tidak mempamerkan aksi menarik sejak awal musim ini walaupun ketika memenangi perlawanan.

Sebelum perlawanan itu, Spurs hanya mendaftarkan 56 percubaan, di mana ia merupakan rekod terendah antara setiap kelab musim ini tetapi mereka berhasil melakukan 17 percubaan ke atas Villa dan ia merupakan rekod tertinggi yang dilakukan Tottenham dalam satu perlawanan musim ini.



Nuno kelihatan boleh bertenang sepanjang waktu rehat antarabangsa bulan ini hasil daripada kemenangan berkenaan dan dia secara umumnya berpuas hati dengan prestasi pasukannya, terutama dengan reaksi mereka selepas Ollie Watkins menyamakan kedudukan buat Villa.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan mentaliti yang dipamerkan Spurs, Nuno berkata kepada wartawan: "Sudah pasti. Ia sesuatu yang dipertingkatkan daripada perlawanan lalu. Reaksinya amat-amat bagus.

"Ia sudah pasti satu reaksi yang lebih baik. Jauh lebih baik. Sebelum ini, aksi kami agak mendatar tetapi hari ini, kami memberikan reaksi segera.

"Selepas momen itu, kami terus mencipta peluang dan saya sejujurnya percaya kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol hari ini.

"Tetapi dengan hasil dan cara kami meghasilkannya, cara kami menciptanya, ia jauh lebih baik," katanya.



Son Heung-min menjadi kunci utama kejayaan Spurs, di mana pemain kebangsaan Korea Selatan itu mengumpan bola yang disudahkan Emile Hojbjerg bagi gol pembukaan sebelum menjadi punca Matt Targett terjaring gol sendiri ke gawang Villa, tidak lama selepas jaringan penyamaan Watkins.

Bantuan yang dilakukannya bagi gol pembukaan Spurs itu menyaksikan Son telah terlibat dengan 11 jaringan daripada 12 penampilan terakhir di laman sendiri tetapi Nuno enggan memberikan sebarang individu pujian khusus.

"Semua pemain amat penting. Bukan hanya Sonny mempamerkan aksi terbaik, keseluruhan pasukan juga begitu.

"Sonny, dengan cara dia membawa pasukan ini ke depan dan dengan cara dia mengimbangi mereka dalam situasi satu lawan satu, merupakan sesuatu yang amat penting tetapi dalam seluruh pasukan ini, kami mempunyai ramai individu yang mempamerkan perstasi terbaik dan apabila ia berlaku, pasukan ini akan beraksi lebih baik.

"Ia sesuatu yang natural, jadi saya amat gembira," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video