Skip to main content

Bola Sepak

Nunez tinggalkan Liverpool, Al-Hilal destinasi seterusnya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

6q9glfho_darwin-nunez-afp_625x300_10_august_25.jpg
Darwin Nunez telah menamatkan kariernya bersama skuad juara Liga Perdana Inggeris 2024/25, Liverpool setelah menandatangani kontrak 3 tahun bersama Al-Hilal pada Sabtu.

Pasukan naib juara Liga Pro Saudi 2024/25 itu berjaya mendapat perjanjian dengan pemain berumur 26 tahun itu dengan tanda harga sebanyak RM261.6 juta.

Penyerang kelahiran Uruguay itu mula berkhidmat bersama 'The Reds' pada 2022 dengan kontrak berharga RM315.9 juta dan berjaya menjaringkan 40 gol dalam 143 penampilannya bersama Liverpool.

Nunez kini telah pun memulakan latihan pra-musim bersama skuad Al-Hilal di Jerman.

"Semua pihak di Liverpool meluahkan rasa terima kasih kepada Darwin Nunez atas segala perjuangannya bersama pasukan dan harapkan yang terbaik buat Darwin dan keluarganya." - kata pihak Liverpool

Liga Pro Saudi bakal membuka tirainya pada 28 Ogos manakala Liga Perdana Inggeris bakal bermula pada 15 Ogos.

Advertisement

Must Watch Video