Skip to main content

Bola Sepak

NSL 2025: Kolaborasi pemain muda, import dari Uganda jadi taruhan Perak Phoenix

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak.jpg
Ketua Jurulatih Perak Phoenix, Fairul Faiziema, menyifatkan bahawa dua pemain import bakal memperkuatkan pasukannya dalam saingan Netball Super League (NSL) 2025 yang dijadualkan akan membuka tirai, Februari depan.

Faiziema turut mengakui bahawa bakal ada muka-muka baharu yang bakal membarisi skuad Perak Phoenix bagi saingan musim ini dan dikhabarkan bahawa pemain import yang bakal menjadi taruhannya itu berasal dari Uganda.

Faiziema juga waspada dengan semua pasukan kali ini yang bakal turunkan pemain import mereka tersendiri di saingan musim ini dan Phoenix kini dalam proses merencanakan strategi terbaik buat pasukan mengharungi cabaran tersebut.

"Kami ada pemain yang baru sahaja bertanding di SUKMA, kolaborsi bersama beberapa pemain veteran dan juga pemain import daripada Uganda," kata Faiziema.

Dalam pada itu, penyerang Perak Pheonix, Nur Aisyah Yahaya, berasakan dengan adanya gandingan tiga paringkat umur buat Perak Phoenix untuk saingan musim ini, berkemungkinan terdapat sedikit kesukaran untuk mencari keserasian antara ahli pasukan, namun dia optimis tidak mustahil untuk mengadaptasi hal itu.

"Untuk mendapat keserasian antara tiga peringkat umur ini akan mengambil sedikit masa, namun tidak terlalu sukar kerana ahli pasukan sudah sering beraksi bersama." tambahnya.

Untuk maklumat, Perak Phonix akan bertemu Johor Jewels dalam aksi pertama yang dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 dan bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Advertisement

Must Watch Video