Juara Piala Malaysia 2009 dan 2011, Negeri Sembilan (NSFC), melancarkan satu inisiatif terbaik untuk menampung perbelanjaan perjalanan pasukan bola sepak itu.
Usaha tersebut dilihat sangat menarik apabila juara Liga Premier 2021 itu sedang menawarkan pakej tajaan kepada syarikat perniagaan dan pengusaha Industri Kecil & Sederhana (IKS) tempatan khususnya di Negeri Sembilan yang dikenali sebagai 'Corporate Jangs'.
Corporate Jangs ialah pelan kerjasama antara pasukan dan industri perniagaan tempatan untuk turut serta dalam usaha menyokong dan memajukan pasukan bola sepak NSFC, serta menjalin usaha sama kukuh dengan pelbagai syarikat dan organisasi sebagai penaja dan rakan rasmi.
Pakej yang bermula serendah RM 10,000 itu dapat membantu pembangunan bola sepak pasukan Negeri Sembilan dari segi peringkat akar umbi, penyediaan pelbagai kemudahan termasuk tempat latihan dan menampung kos kewangan pasukan utama.