Skip to main content

Bola Sepak

Normal untuk Luis Diaz tarik minat gergasi Eropah -- Ejen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luis-diaz.jpg
Ejen kepada Luis Diaz berkata adalah normal untuk pemain sayap Porto itu menarik minat pasukan gergasi Eropah selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan Chelsea.

Sejak meninggalkan kelab Colombia, Junior, untuk menyertai Porto pada Julai 2019, Diaz telah menjaringkan 21 gol, menghasilkan sembilan bantuan jaringan dan mencipta 59 peluang dalam Liga Primeira Portugal.

Musim ini sahaja, dia telah menghasilkan sembilan gol daripada 11 penampilan liga dan menduduki tangga teratas carta penjaring terbanyak Liga Portugal.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan memiliki klausa pelepasan bernilai €80 juta (RM380 juta) dan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Liverpool dan Chelsea dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memiliki pemain kebangsaan Colombia berkenaan.

Dia juga mencuri tumpuan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan menjaringkan gol ke atas Atletico Madrid dan AC Milan, dan akan membuat perhitungan dengan Liverpool dalam kejohanan itu minggu depan.
 

Bagi wakilnya, Carlos Van Strahalen, tumpuan seperti itu sudah dijangka berdasarkan prestasi semasa pemain berkenaan.

Bercakap kepada Bola Branca, Van Strahalen berkata: "Ia sesuatu yang normal.

"Jika seseorang pemain bermain dengan baik, jika dia mula menyerlah, jika majoriti menganggapnya sebagai pemain terbaik dalam Liga Portugal. jika dia penjaring terbanyak dan mempamerkan aksi berkelas tinggi dalam Liga Juara-Juara, tumpuan seperti itu adalah normal.

"Bolehkah dia meninggalkan Porto? Saya tidak tahu," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video