Penolong jurulatih skuad Melaka United (MU), Norizam Ali Hasan, yakin jentera serangan mampu menyerlah pada musim ini dengan kehadiran Mohd Fauzi Roslan dan Izzaq Farris Ramlan.
"MU juga tidak semata-mata bergantung kepada dua penyerang itu kerana Amri Yahyah juga boleh bertindak di posisi penyerang. Kehadiran Mohd Fauzi dan Izzaq Faris juga mampu mencetuskan impak besar," katanya.
Sementara itu, gandingan Sergio Aguero dan Ilija Spasojevic semasa pra-musim di Kemboja dilihat mampu menambah bisa pada jentera serangan skuad tersebut.
Komennya mengenai tindakan MU melepaskan penyerang muda, Nurshamil Abd Ghani, ke Selangor, ia bukanlah satu tindakan yang dibuat secara melulu, sebaliknya ia untuk kebaikan prestasi Nurshamil.
Harapannya agar Nurshamil mampu menyerlah bersama The Reds Giants , tambahan pemain itu juga memiliki kreativiti yang tinggi untuk muncul sebagai penyerang digeruni.