Pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih, dan pertahanan, Faisal Rosli, bertekad membalas kepercayaan yang diberikan pengendali, Dollah Salleh, dengan membantu Pahang mara ke final Piala FA musim ini.
Nor Azam tampak sudah berada dalam prestasi sebenarnya selepas berehat panjang musim lalu akibat kecederaan ligamen lutut ACL.
Bersaing sengit bersama beberapa pemain ternama Tok Gajah di posisi tengah, anak jati Maran, Pahang berusia 23 tahun ini kian mendapat tempat.
Setelah mempamerkan aksi ampuh dalam dua perlawanan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam suku akhir, Nor Azam sekali lagi menjadi taruhan untuk pertemuan separuh akhir menentang Negeri Sembilan, malam ini.
"Saya masih belum selesa untuk beraksi di bahagian tengah, masih terdapat perkara yang perlu diperbaiki bagi menghadapi aksi akan datang," katanya.
Keazaman sama turut disuarakan Faisal setelah mula membarisi kesebelasan utama Pahang musim ini.
Pemain kelahiran Kuala Rompin berusia 25 tahun ini mengakui perlu memanfaatkan peluang itu sebaik-baiknya dengan membantu Pahang meraih keputusan positif bertemu skuad Jang.
"Kami tidak boleh mengambil mudah perlawanan ini, kami perlu memberikan yang terbaik bagi mencari kemenangan," ujarnya.