LIGA SUPER MSIA
Noor Al-Rawabdeh kekal 'jurutera' tengah Selangor FC


Nadi bahagian tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh, akan terus berkhidmat bersama gergasi Lembah Klang itu bagi musim 2024/25.
Pengumuman itu dibuat oleh kelab Liga Super tersebut menerusi media sosial, sebentar tadi.
Noor Al-Rawabdeh berjaya memenangi hati peminat dan memberi impak bermakna buat Gergasi Merah pada musim lalu apabila terlibat dengan lapan gol dalam 28 penampilan.
Dia -- yang turun selama 90 minit ketika bertemu Harimau Malaya -- kini dalam rawatan ekoran kecederaan rusuk ketika berjuang bersama Jordan dalam kempen Piala Asia di Qatar.