Skip to main content

Bola Sepak

Nooa Laine pilih untuk bersama Selangor secara pinjaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

noa-laine.jpg
Sah! Pemain kacukan Malaysia, Nooa Laine secara rasminya dipinjamkan semusim ke Selangor FC dari kelab Finland, SJK Seinajoki.

Dalam kenyataan rasmi menerusi laman Facebook Selangor FC pihak pengurusan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Nooa Laine #isRed ?. 



Pemain tengah Nooa Laine yang dilahirkan di Finland dan memulakan kerjayanya pada 2018 di JJK Jyväskyläa akan bersama-sama dengan Selangor bagi mengharungi Liga Super 2024/2025.

Ketika berusia 16 tahun Nooa berjaya membuat debut profesionalnya bermain di Ykkönen (liga divisyen dua di Finland).

Dia kemudiannya berpindah ke Klubi 04, sebuah pasukan pembangunan di bawah HJK Helsinki pada 2019 dan 2020, di mana dia menjaringkan 5 gol dalam 26 penampilan untuk kelab itu.



Nooa betul-betul menjadi dan cemerlang sebagai pemain tengah ketika memulakan kerjayanya bersama kelab induk SJK Seinäjoki di mana dia berjaya  menjaringkan 4 gol dalam 64 perlawanan bermain di Veikkausliiga (liga divisyen satu di Finland) selama 3 musim antara 2021 hingga 2023.

Sebelum ini, Nooa juga membantu pasukan Malaysia B23 yang berjaya mendapat tempat ke Piala Asia B-23 AFC 2024.


 

Advertisement

Must Watch Video