Skip to main content

Bola Sepak

Nooa Laine akui selesa corak permainan Pau Marti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nooa-laine.jpg
Pemain tengah negara, Nooa Laine, mengakui selesa dengan corak permainan yang diterapkan pengendali baru skuad kebangsaan, Pau Marti.

Nooa jadi tunjang pertahanan dalam kesebelasan utama aksi final bertemu Lubnan yang menyaksikan skuad negara julang piala Pestabola Merdeka selepas 11 tahun.

"Saya berasakan di bawah kendalian Pau, kami lebih kerap mengawal permainan dan rata-rata pemain yang beraksi sudah biasa dengan corak permainan ini," kata Nooa.

Ketika diminta mengulas kritikan yang diterima baru-baru ini, pemain kelahiran Malaysia-Finland itu tidak mahu mendedahkan dirinya dengan kritikan nakal peminat di laman sosial.

"Saya tidak membaca kritikan terhadap diri saya. Saya hanya fokus kepada permainan saya."

Advertisement

Must Watch Video