UCL

Nolito, Muriel kembali cergas hadapi Red Devils

Penulis Jemputan 16/02/2018 | 02:03 MYT
Nolito dan Luis Muriel kembali menjalani latihan untuk menghadirkan rangsangan tepat buat Sevilla sebelum kunjungan ke Manchester United dalam Liga Juara-Juara (UCL), Rabu depan.
Pemain termahal, Muriel, telah menemui rentaknya di bawah bimbingan pengurus baru, Vincenzo Montella -- turut bekerjasama di Sampdoria -- selepas bergelut di bawah Eduardo Berizzo.
Bagaimanapun, dia mengalami kekejangan otot dalam kemenangan 1-0 ke atas Girona pada Ahad lalu, yang memaksa penggantiannya selepas 64 minit perlawanan.
Nolito terpinggir sepenuhnya dalam kemenangan itu, dengan bekas pemain sayap Manchester City itu kali terakhir membantu mereka meraih kemenangan 5-1 di Eibar pada 3 Februari lalu akibat kecederaan hamstring.
Namun, kedua-duanya kembali ke sesi latihan semalam menjelang lawatan ke Las Palmas esok sebelum bersiap menghadapi United dalam pertemuan di Ramon Sanchez Pizjuan nanti.
Banega, bagaimanapun, masih dalam keraguan untuk aksi LaLiga esok susulan pemain antarabangsa Argentina itu dilanda masalah hamstring.
;