Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa, meminta barisan pemain memperagakan aksi terbaik selepas presiden badan induk itu, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, menunaikan segala permintaan mereka.
Ia susulan prestasi skuad The City Boys semakin merudum musim ini setelah hanya meraih satu kemenangan selain dua kekalahan dalam saingan Piala Cabaran 2019.
Bagi Nokman, barisan pemain tidak sepatutnya mengambil mudah saingan itu demi mempertimbangkan jasa baik Adnan kepada mereka.
Dia turut berharap skuad kendalian Roslee Md Derus itu mampu meningkatkan prestasi serta semangat mereka sebelum menghadapi aksi penting menentang UKM FC, Rabu depan.
"Yang penting, pemain perlu fikir bahawa kena beri muka kepada presiden. Beliau telah berusaha untuk memberikan mereka kepuasan serta apa sahaja yang dikehendaki tanpa sebarang kegagalan," katanya.
Bagaimanapun, KLFA menyerahkan kepercayaan kepada jurulatih sementara mereka, Roslee, dalam baki aksi Piala Cabaran edisi kali ini.
"Saya sudah beritahu jurulatih bahawa kami serahkan kepadanya dan pemain untuk fikirkan hala tuju seterusnya. Jika prestasi bagus, kami akan fikir untuk kekalkan pemain kerana kalau semua pemain disingkirkan, akan ada masalah juga," tambah Nokman.