Skip to main content

Bola Sepak

No hype, terlebih interviews, just win -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Menerusi laman Instagram hari ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan "No Hype, terlebih interviews, just win".

Perkara itu merupakan resepi disebalik kejayaan baginda memacu Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta rekod tersendiri apabila sudah mengumpul 31 trofi kejuaraan sejak 2013.

Antara trofi yang sudah diraih Harimau Selatan adalah lima kejuaraan Piala Malaysia, empat Piala FA Malaysia, 10 Piala Sultan Haji Ahmad Shah, 11 kali juara Liga Super dan satu trofi Piala AFC pada 2015.






Skuad kendalian Xisco Munoz itu mencipta sensasi sekali lagi apabila melengkapkan kejayaan mendakap kemenangan buat kali ke-10 dalam perlawanan sumbangsih di Iskandar Puteri malam tadi.

Lebih manis lagi, JDT turut meraih rekod 85 perlawanan tanpa kalah dalam kempen Liga Super sejak 30 April 2021 hingga 8 Ogos 2025.




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video