Ruud van Nistelrooy mendedahkan reaksi Erik ten Hag selepas dipecat Manchester United.

Ten Hag telah dipecat serta merta Isnin lalu, beberapa bulan selepas memperbaharui kontrak, selepas menyelia permulaan terburuk Liga Perdana Inggeris sejak musim lalu.

Van Nistelrooy mengambil aih sebagai pengendali sementara, sementara perbincangan dengan Ruben Amorim untuk dilantik sebagai pengendali tetap diteruskan, berjaya membantu pasukan menang 5-2 ke atas Leicester City dalam aksi Piala EFL.


Bekas penyerang United itu berkata dia telah bercakap dengan Ten Hag dua kali sejak pemecatannya, dengan rakan senegaranya 'kecewa' dipecat namun tetap berbangga dengan kejayaan memenangi dua gelaran di bawah kendaliannya.

“Saya telah berjumpa dengannya pada hari Isnin dan saya telah bercakap dengannya semalam sebelum perlawanan,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

“Jelas sekali, [dia] sangat kecewa dan terharu kerana dia benar-benar mengambil berat tentang kelab.

“Dalam perbualan pertama kami untuk saya kembali ke kelab ini, saya benar-benar berasakan bahawa dia mengambil berat dan menyayangi kelab dan mahu membawa kelab ini ke hadapan dan itulah sebabnya kami berhubung.

"Itulah sebabnya dia juga terluka kerana dia terpaksa pergi tetapi juga berbangga dengan pencapaiannya di sini dengan dua piala dan jelas sekali sejarah yang dia tinggalkan dengan itu."