BOLA SEPAK MSIA
Nilai pasaran Facundo Garces jatuh mendadak
Pertahanan Deportivo Alaves, Facundo Garces, mengalami kejatuhan mendadak daripada aspek nilai pasarannya berdasarkan kemaskini daripada transfermarkt.
Garces yang sebelum ini mempunyai nilai €2 juta (RM9.88 juta) jatuh kepada €1 juta (RM4.94 juta), dengan kejatuhan nilai itu difahamkan susulan hukuman daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membabitkan dirinya kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
🚨🇲🇾 Reitero. Imanol Machuca, Rodrigo Holgado y Facundo Garcés están SUSPENDIDOS por 12 meses por jugar indebidamente para Malasia.Utilizaron documentación falsa para su nacionalización. La Federación también fue sancionada. pic.twitter.com/YyNKGpstej— Nahuel Lanzón (@nahuelzn) September 26, 2025
Iklan
Pemain kelahiran Argentina berusia 26 tahun itu antara tujuh pemain Malaysian Abroad yang dikenakan denda 2,000 francs (iaitu RM10,400) setiap seorang dan digantung 12 bulan daripada menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

Satu Semangat, Satu Jersi
Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya. Dapatkan Sekarang
Must-Watch Video



