Nik Nazmi akur larangan kabinet bertanding persatuan sukan

Najmi Iman
Ogos 28, 2024 14:22 MYT
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, akur terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi penggal menjelang Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) pada Sabtu depan.
Ia berhubung keputusan kabinet hari ini yang melarang anggota pentadbiran daripada bertanding jawatan persatuan sukan.

Kabinet hari ini memutuskan untuk anggota pentadbiran tidak bertanding jawatan persatuan sukan. Justeru, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA. Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang…

— ?? Nik Nazmi (@niknazmi) August 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Nik Nazmi -- penaung Setiawangsa Rangers berikrar membantu skuad Warga Kota.
Langkah kabinet ini secara tidak langsung mempengaruhi keputusan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, untuk merebut jawatan persatuan itu.
#liga super #Liga Super Malaysia #Bola #sepak #Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur #KLFA #Nik Nazmi Nik Ahmad