Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, akur terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi penggal menjelang Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) pada Sabtu depan.
Ia berhubung keputusan kabinet hari ini yang melarang anggota pentadbiran daripada bertanding jawatan persatuan sukan.
Bagaimanapun, Nik Nazmi -- penaung Setiawangsa Rangers berikrar membantu skuad Warga Kota.
Langkah kabinet ini secara tidak langsung mempengaruhi keputusan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, untuk merebut jawatan persatuan itu.
Ia berhubung keputusan kabinet hari ini yang melarang anggota pentadbiran daripada bertanding jawatan persatuan sukan.
Kabinet hari ini memutuskan untuk anggota pentadbiran tidak bertanding jawatan persatuan sukan.
— ?? Nik Nazmi (@niknazmi) August 28, 2024
Justeru, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA.
Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang…