Skip to main content

Bola Sepak

Nik Akif: Syukur dapat bantu TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akif-syahiran.jpg
Pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, mengakui semangat tidak mudah menyerah kalah menjadi punca terhasilnya gol penyamaan untuk membantu The Red Warriors (TRW) seri 1-1 dengan  Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin.

“Alhamdulillah, syukur kerana Kelantan berjaya mengutip satu mata biarpun terpaksa menunggu sehingga minit akhir perlawanan sebelum dapat membolosi gawang Negeri Sembilan.

“Gol penyamaan itu sebagai lambang kerja keras pasukan yang tidak mudah menyerah kalah biarpun di ambang kekalahan,” katanya.

Nik Akif yang juga tonggak muda skuad B-23 negara, mengakui jaringan pertama dalam Liga Super musim ini menjadi pembakar semangat mudanya untuk terus mencipta kejayaan.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, saya harap dapat diturunkan lagi untuk perlawanan seterusnya.

“Penting kepada saya  terus diberi peluang beraksi dalam setiap perlawanan biarpun terpaksa bermula di bangku simpanan untuk kekalkan aksi konsisten," katanya.

Dalam pertembungan melibatkan dua pasukan tercorot liga itu, skuad tuan rumah kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan melalui penyerang import, Flavio Beck Junior, sebelum Nik Akif tenang mengelecek pertahanan Negeri Sembilan sambil merembat kencang untuk gol penyamaan pada minit akhir permainan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video