Skip to main content

Bola Sepak

Nidzam puji perwatakan anak buah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam-adzha-yusof.jpg
Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, memuji perwatakan anak buahnya tatkala pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, mengakui silap percaturan menjadi punca pasukannya tewas 3-0 di Stadium Darulaman, malam tadi.

Kedah turun berdepan T-Team dengan motivasi tinggi susulan kejayaan menjulang Piala FA, minggu lalu.

Meskipun masih kepenatan, barisan utama Lang Merah tidak menghampakan apabila tetap mempamerkan komitmen tinggi untuk mencapai misi tiga mata.

Nidzam mengakui kesungguhan anak buahnya harus diberi pujian, apatah lagi kemenangan itu turut melunas dendam kekalahan 0-5 kepada The Titans di tempat lawan, bulan lalu.

"Terima kasih kepada pemain. Selepas baru tiga hari beraksi di Shah Alam, mereka tetap mempamerkan aksi bertenaga. Bukanlah jaringan yang kami kejar, yang penting tiga mata," ujarnya.

Penyerang import, Ken Ilso Larsen, muncul wira skuad Hijau Kuning apabila mencipta jaringan hatrik.

Enggan menuding jari kepada pemain, Rahmad memikul tanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan itu.

"Saya mengakui sedikit salah dalam menganalis cara permainan Kedah.

"Kebiasaannya, Sandro akan beraksi di depan bersama-sama Ilso, oleh itu saya menurunkan tiga bek tengah. Tetapi malam ini (semalam) Sandro beraksi di bahagian sayap jadi kami kehilangan penguasaan bola di bahagian tengah," jelas Rahmad.

 

Advertisement

Must Watch Video