Skip to main content

Bola Sepak

Nidzam Jamil puas barisan pemain Selangor raih minit permainan di Jakarta

selangor-persija.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, berpuas hati dengan persembahan Gergasi Merah apabila berjaya menjuarai saingan Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024 semalam. 

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta itu, anak buah Mohd Nidzam Jamil menewaskan Persija Jakarta, 1-0 hasil tandukkan Alvin Fortes minit ketiga.
 

Bercakap selepas tamat perlawanan Nidzam berkata, "Selangor gembira kerana telah menjalani saingan jemputan ini berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kecederaan. Namun perkara utama adalah minit permainan untuk pemain. 

"Kami juga mengambil kesempatan untuk mengekalkan mentaliti yang terbaik setiap kali turun beraksi. Kejuaraan ini adalah satu bonus buat Selangor, terima kasih kerana menjemput kami ke sini. 

"Sebarang kemenangan membina keyakinan. Sememangnya terdapat perkara yang perlu diperbaiki. Kami mahu menggunakan momentum kemenangan ini diteruskan. Saingan Liga Super juga baru sahaja bermula, dan persiapan ketika rehat antarabangsa ini cukup memanfaatkan pemain dan saya sebagai jurulatih. 

"Banyak pengalaman diraih berada di Jakarta, kami berharap untuk dijemput lagi pada masa akan datang."

Senada dengan jurulatihnya, Alvin berkata, "Perkara paling utama adalah untuk meningkatkan mutu permainan pasukan. Itu adalah misi utama kami ke sini dan banyak telah kami raih berdasarkan persembahan di sini."

 

Advertisement

Must Watch Video