Skip to main content

Bola Sepak

Nidzam akui kecewa Selangor FC dicemuh penyokong sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-fc-tewas-kepada-pj-city.jpg
'Umpama kita balik rumah, tapi orang tak suka', itu nada kecewa yang disuarakan jurulatih interim Selangor FC, Nidzam Jamil, apabila pasukannya menjadi mangsa 'lepas geram' segelintir penyokong The Red Giants.

Dicemuh dengan kata-kata kesat sepanjang perlawanan, situasi itu tampak menjejaskan emosi pemain hingga tewas 1-0 di tangan PJ City di laman sendiri.

"Perasaan seperti balik ke rumah tetapi orang tidak suka dengan kehadiran anda," kata Nidzam.

"Kami memerlukan sokongan penyokong bagi memastikan kami bermain baik. Saya faham kekecewaan mereka tetapi Selangor FC tetap memerlukan penyokong dalam setiap perlawanan."

Selangor mengalami kekalahan keempat berturut-turut dan ultras pasukan berkenaan kemudian berhimpun secara aman di perkarangan Stadium MBPJ sejurus tamat perlawanan.

Dalam pertemuan semalam, penyerang Harimau Malaya, Darren Lok, muncul pemusnah Red Giants apabula meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-58.

Ia sekaligus memastikan The Phoenix mengakhiri kemarau 14 perlawanan tanpa kemenangan musim ini.

"Selangor di bawah kendalian Nidzam bermain dengan baik dan kami bertahan dengan baik sebelum memastikan jaringan kemenangan sekaligus memperoleh tiga mata," kata jurulatih PJ City, P. Maniam.

"Kami sangat gembira, kami gagal mendapatkan kemenangan untuk tempoh yang panjang dan tiga mata ini amat penting buat pasukan," kata Darren.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video