Skip to main content

Bola Sepak

Nidzam Adzha mahu elak 'badi'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam-adzha.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusof, mengutamakan aspek keharmonian dalam pasukan bagi memastikan nasib buruk seperti yang dialami tiga jurulatih musim lalu tidak menimpa dirinya menjelang Liga Perdana 2020 bulan depan.

Skuad Warga Kota itu muncul pasukan paling banyak membuat pertukaran jurulatih sepanjang musim lalu.

Ia bermula dengan pelantikan Chong Yee Fatt sebagai pengganti Yusri Che Lah pada Mac lalu sebelum dia pula digantikan oleh Rosle Md Derus, Julai lalu.

Selepas itu, prestasi buruk tetap membelenggu pasukan itu sehingga terjerumus ke Liga Perdana dan Nidzam Adzha enggan badi sama terkena dirinya.

"Saya sendiri berharap apabila mengambil alih satu-satu pasukan, saya dapat menghabiskannya sehingga penghujung musim dengan kejayaan," katanya selepas majlis menandatangani pemain Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras hari ini.

"Itu keazaman peribadi yang akan saya cuba usahakan.

"Selain daripada faktor permainan, faktor keharmonian pasukan tetap diutamakan," katanya.

Peringatan sama turut disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad.

"Apabila kami memilih, kami perlu memastikan semangat dan sikap semua pihak merupakan sesuatu yang positif.

"Kami tidak mahu politik dalam persatuan ini," katanya.



Editor: Muzaffar Musa
 

Advertisement

Must Watch Video