Skip to main content

Bola Sepak

Nicolo Zaniolo: Saya peminat Juventus, Paul Pogba idola saya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaniolo_1.jpg
Pemain antarabangsa Itali, Nicolo Zaniolo, mengesahkan dia mahu meninggalkan Galatasaray pada musim panas ini.

‘Saya peminat Juventus sejak kecil dan idola saya ialah Paul Pogba', bekas pemain Roma itu berhijrah ke Galatasaray Februari lalu, kerana semua pilihan lain telah ditutup namun tetapi perpindahan ke Turkiye masih lagi dibuka pada ketika itu.

“Saya mahu kekal cergas dan berada dalam prestasi yang baik untuk pusingan awal Liga Juara-Juara dengan Galatasaray pada Julai,” kata Zaniolo kepada La Gazzetta dello Sport.

“Saya gembira di Istanbul dan akan bermain Liga Juara-Juara. Namun, jika tawaran datang pada penghujung Ogos ini adalah peluang yang baik untuk Galatasaray dan saya, maka kami akan mengambil kiranya.”

Dia telah dikaitkan dengan Milan, Napoli dan Fiorentina, tetapi pemain berusia 23 tahun itu akhirnya mengesahkan apa yang dikhabarkan sejak sekian lama, bahawa dia menaruh hati untuk menyertai Juventus.

“Saya terbuka kepada apa sahaja, termasuk kekal di Galatasaray. Jelas sekali, Juve adalah Juve, walaupun tanpa Liga Juara-Juara atau kejohanan antarabangsa yang lain.

“Saya menyokong Juve sejak kecil, idola saya ialah Pogba. Bermain di Juve akan membuatkan saya sangat gembira. Kami bercakap tentang kelab besar.

“Saya ulangi, jika peluang itu membuatkan ketiga-tiga pihak gembira -- Galatasaray, saya dan Juve -- maka ia amat dialu-alukan. Jika tidak, saya gembira di Turki. Saya tidak akan membuat jangkaan untuk diri sendiri, apa sahaja yang berlaku akan baik-baik sahaja.”

 

Advertisement

Must Watch Video