Skip to main content

Bola Sepak

Nick Pope tinggalkan Burnley untuk sertai Newcastle United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nick-pope.jpg
Penjaga gol England, Nick Pope, mengesahkan masa depannya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menyertai Newcastle United daripada pasukan yang disingkirkan ke Liga Kejuaraan, Burnley.

Pope, 30, dilaporkan menyertai Newcastle dengan tanda harga £10 juta (RM54.09 juta) dan dijangka akan menggantikan Martin Dubravka sebagai penjaga gol utama skuad bimbingan Eddie Howe itu.

Bekas pemain Charlton Athletic itu menandatangani kontrak empat tahun di Newcastle, sekali gus menjadi pemain kedua diikat Magpies selepas Matt Target dibeli secara tetap dalam jendela perpindahan kali ini.

Pope, yang mengumpulkan lapan penampilan bersama skuad kebangsaan England, terus mencuri tumpuan sepanjang bersama Burnley sebelum The Clarets terjerumus ke Liga Kejuaraan dan keputusannya untuk meninggalkan pasukan itu memperlihatkan keinginannya untuk disenaraikan dalam Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini.

Dalam kalangan penjaga gol dengan sekurang-kurangnya 10 penampilan dalam EPL musim 2021-22, Pope menduduki tangga keempat daripada segi peratusan menyelamat (71.69 peratus).

Dia mendaftarkan sembilan perlawanan tanpa bolos daripada 36 penampilan, rekod yang lebih baik berbanding penjaga gol Manchester United, David de Gea (lapan daripada 38 perlawanan), dan benteng terakhir West Ham, Lukasz Fabianski (lapan daripada 37 perlawanan).

Sepanjang enam musim di Burnley, dia tersenarai dalam kesebelasan terbaik EPL musim 2019-20 dengan 15 perlawanan tanpa bolos.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video