Skip to main content

Bola Sepak

Nguyen Xuan Son sudah kembali!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son.jpg
Selepas hampir 10 bulan tersisih, penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, sudah kembali bermain bola sepak ekoran kecederaan patah kaki dalam perlawanan akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Thailand, Januari lalu.

Untuk rekod, pemain kelahiran Brazil itu menjadi pemain warisan baru memperkuatkan skuad Naga Emas selepas menerima kewarganegaraan Vietnam, September 2024 lalu.

Masihkah anda ingat dengan amarannya sebelum ini? Sejurus kekalahan Vietnam 0-4 kepada Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia di Bukit Jalil, Jun lalu Rafaelson memuat naik satu hantaran bakal memperkuat negaranya berdepan Malaysia, tahun depan.

Dia dijangka akan kembali memperkuatkan Vietnam ketika kedua-dua pasukan kembali bertemu dalam aksi terakhir pusingan kelayakan itu tahun depan.

 

Seakan-akan memberikan amaran, Rafaelson setakat ini sudah menjaringkan tujuh gol daripada lima penampilan peringkat antarabangsa sejak mula mewakili Naga Emas pada penghujung tahun lalu.

Menerusi satu perkongsian di X, Son telah tampil beraksi bersama kelabnya bagi mendapatkan semula rentak permainan dan menghitung hari untuk bergabung semula dengan Vietnam. 

Bermain dalam satu perlawanan persahabatan, Son sedang mengumpul keyakinan dan kredibilitinya untuk membalas dendam ke atas pasukannya. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video