Skip to main content

Bola Sepak

Nguyen Xuan Son kembali berlatih selepas rehat tiga bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nguyen.jpg
Pemain natrulisasi Vietnam, Rafael Bezerra Fernandes atau lebih dikenali sebagai Nguyen Xuan Son kembali mula berlatih secara ringan selepas tiga bulan.

Penyerang sensasi Vietnam itu mengalami kecederaan serius patah kaki pada aksi final kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 (AMEC).

Penjaring gol terbanyak kejohanan itu memuatnaik gambar mula melakukan latihan ringan di Gymnasium untuk mendapatkan semula rentak selepas berehat panjang.

Dia yang mewakili Thep Xanh Nam Dinh telah melakukan 40 jaringan dalam 35 penampilan. Dia juga membantu Vietnam menjuarai Piala AMEC dengan menjaringkan tujuh gol dalam kejohanan itu.

Nguyen Xuan Son berkemungkinan besar tidak akan diturunkan bulan Jun ini menentang Malaysia sebab masih perlukan masa untuk kembali ke prestasi terbaik

Advertisement

Must Watch Video