Bintang Jerman, Jamal Musiala, dilaporkan patah pergelangan kaki ketika pasukannya, Bayern Munich, tewas kepada sembilan pemain Paris-Saint Germain (PSG) dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Kelab di Atlanta, Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Pemain sayap Bayern itu kelihatan mengerang kesakitan selepas bertembung dengan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.
Pergelangan kaki kirinya kelihatan terkulai dan Donarumma pula dilihat menggigil dan menangis menyaksikan kecederaan yang dialami Musiala.
Perlawanan berkenaan menyaksikan PSG menewaskan Bayern 2-0 meskipun kehilangan dua pemain menuju ke penghujung aksi.
Desire Doue meletakkan wakil Perancis itu di depan pada minit ke-78 tetapi Willian Pacho dan Lucas Hernandez kemudian dilayangkan kad merah, masing-masing pada minit ke-82 dan waktu kecederaan.
Bagaimanapun, kekurangan itu tidak menghalang PSG untuk menambahkan satu lagi gol hasil jaringan Ousmane Dembele sebelum wisel penamat.
Dengan kemenangan itu, PSG akan berdepan juara Piala Antara Benua FIFA tahun lalu, Real Madrid, bagi penentuan ke final di East Rutherford pada Rabu ini.

??????? pic.twitter.com/tPG1erT54H
— عبدو (@sir3jr) July 5, 2025