Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) melakukan rombakan saat akhir dalam kesemua pasukannya demi memastikan pengurusan pasukan yang mantap dan berkesan.
Presidennya, Datuk Posa Majais, berkata timbalan presiden, Abdul Wahab Rahim, kini memegang teraju pengurus skuad Liga Perdana, mengambil alih peranan Posa pada tahun lalu.
Wahab yang bergandingan dengan Ian Gillan sebagai ketua jurulatih akan diletakkan sasaran untuk membawa kembali Sarawak ke Liga Super.
Skuad Piala Presiden pula akan menyaksikan Pengarah Kejurulatihan, Abdul Wahet Uji, dilantik ketua jurulatih baharu.
Wahet menggantikan seorang lagi jurulatih berpengalaman, Mohamad Mentali, yang telah dilantik awal musim ini.
Turut digugurkan adalah penolong jurulatih, Ahmad Fairuz Yunus, yang kini membantu skuad Piala FAM, Kuching FA.
Tempatnya digantikan oleh bekas pemain pertahanan Ngap Sayot, Sulaiman Mustanir.
Bekas pengendali skuad Liga Super Sarawak, David Usop, pula akan mengemudi skuad Piala Belia sambil dibantu Stanley Frazier dan Shahrol Saperi.
Posa berkata pihaknya menaruh harapan yang tinggi terhadap Gillan yang juga Pengarah Teknikal FAS untuk mengembalikan era kegemilangan Sarawak musim ini.
"Kami berharap Sarawak akan kembali bersaing dalam Liga Super berbekalkan pengalaman Gillan di peringkat antarabangsa," katanya.
Mengenai situasi Wahet pula, katanya, tujuannya adalah untuk mengukuhkan kebolehan bakat-bakat yang ada dan memastikan sentiasa ada sumber pemain untuk skuad utama.
"Pengalaman Wahet tidak dinafikan kerana pernah membimbing skuad Sarawak ke final Sukan Malaysia (Sukma) selain membantu pasukan wanita muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah buat julung kalinya tahun lalu."
David adalah seorang jurulatih yang berpengalaman dan sebelum menjadi ketua jurulatih, pernah menjadi pembantu kepada Datuk K. Rajagobal dan Robert Alberts.
"Tugas David pula adalah untuk menggali dan membangunkan bakat-bakat baharu.
"Kerana itulah kami meletakkan beliau di posisi penting itu," katanya.
Skuad Liga Perdana Sarawak akan memulakan aksi mereka pada Jumaat ini dengan melayan kunjungan Kuantan FA.