Skip to main content

Bola Sepak

Ngap Sayot rombak kesebelasan hadapi Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hairol-mokhtar.jpg
Pengendali Sarawak, David Usop, tidak menolak kemungkinan untuk menampilkan kesebelasan berbeza dalam pertemuan Liga Super bertemu Selangor di Selayang, Sabtu ini. 

Nasib memihak kepada skuad Ngap Sayot itu apabila terikat 1-1 dengan Terengganu dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, minggu lalu. 

Lee Jong Ho muncul penyelamat Sarawak apabila memperoleh jaringan untuk membawa bekalan tipis ke Kuching. 

Berdasarkan aksi itu, David mengakui perlu melakukan sesuatu andai berhasrat membawa pulang mata daripada pertemuan dengan Selangor nanti. 

Jentera serangan yang diterajui Mark Hartmann serta Mateo Roskam belum menampakkan keberkesanan di samping ketiadaan perancang berkaliber di bahagian tengah. 

Malah, bahagian benteng juga masih menanti perkhabaran kepulangan ketua pasukan, Ronny Harun, yang dibelenggu kecederaan. 

"Saya mungkin membuat sedikit rombakan, Ronny Harun mungkin akan kembali. 

"Dari segi saingan Liga Super, kami boleh dianggap 'darurat' selepas menduduki tangga kedua tercorot. 

"Mujurlah, perbezaan mata antara pasukan tidak jauh. Tidak boleh tidak, kami perlu mula memungut mata," katanya. 

Sementara itu, pemain pertahanan Sarawak, Hairol Mokhtar, bertekad membalas kepercayaan yang diberikan pengurusan kerana mengekalkan khidmatnya musim ini. 

Hairol baru sahaja selesa menjalani penggantungan tujuh bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akibat berkelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan. 

"Saya sangat teruja dan berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi peluang kepada saya. 

"Saya harap kehadiran saya dapat membantu pasukan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video