Skip to main content

Bola Sepak

Neymar tunggu tawaran menarik kembali ke Eropah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar_1.jpg
Sebuah kelab ternama dilaporkan sedia menyambut kepulangan bintang Brazil, Neymar, ke kancah Eropah. 

Neymar tidak menyembunyikan hasratnya untuk mewarnai semula saingan Eropah pada musim depan sambil media di negara Amerika Selatan itu mengesahkan bahawa kelab Turkiye, Galatasaray, sudah menyatakan minat mereka. 

Namun, Neymar tidak mahu terburu-buru dan sedia menunggu tawaran daripada kelab yang berprofil lebih menarik sekalipun pengurus Barcelona, Hansi Flick, pantas menjauhkan diri dengan menyatakan fokusnya kini terarah kepada skuad sedia ada. 

Pemain berusia 33 tahun itu kembali ke Santos yang pernah menaikkan namanya menerusi perjanjian singkat hingga Jun depan selepas bersetuju meninggalkan Al-Hilal secara persetujuan bersama. 

Dalam masa sama, Neymar sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Santos disingkirkan 1-2 oleh Corinthians dalam pertembungan separuh akhir Piala Paulista selepas mengadu berasa tidak selesa di bahagian pahanya.

   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video