Skip to main content

Bola Sepak

Neymar mampu lebur rekod Pele -- Cafu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

at-this-rate-neymar-will-surpass-pele-predicts-cafu.jpg

Legenda Brazil, Cafu, yakin Neymar mampu melepasi rekod jaringan yang dihasilkan oleh Pele.

Penyerang Barcelona itu kini telah meledak 50 gol dalam perlawanan antarabangsa, hanya ketinggalan kepada Pele, Ronaldo dan Romario yang perlu dipintasnya.

Pele mendahului carta dengan 77 gol tetapi Cafu berasakan kualiti yang dimiliki oleh Neymar dan usianya mampu menyaksikan rekod itu dipadamkan.

"Dia masih muda dan memiliki masa yang panjang. Jika dia dapat meneruskan gaya permainan ini, terdapat kebarangkalian yang menyaksikan Neymar dapat memintas rekod Pele," kata Cafu.

Selepas membantu Brazil meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Rio 2016, Neymar telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Advertisement

Must Watch Video