Skip to main content

Bola Sepak

Neymar kembali sertai sesi latihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymartrainingcropped_ixo80087rrst1t64c9w5537gg.jpg
Bintang Brazil, Neymar, telah kembali menyertai kem latihan skuad Brazil selepas mengalami kecederaan buku lali, semalam.

Bintang Brazil itu terlepas sesi latihan kelmarin, sehari selepas dia dikasari 10 kali sewaktu berdepan Switzerland dalam aksi Kumpulan E, Piala Dunia 2018, yang menyaksikan juara lima kali itu diikat 1-1.

Rakan sepasukannya, Philippe Coutinho, yang menjaringkan gol hebat ketika menentang Switzerland, mengesahkan Neymar mengalami kesakitan pada bahagian buku lali, namun ia tidak begitu serius.

Neymar disahkan cergas untuk menyertai sesi latihan hari ini, sambil Brazil melakukan persiapan untuk menentang Costa Rica pada Jumaat.

"Dia bekerja keras dalam sesi latihan di Sochi!" kata kenyataan Persatuan Bolasepak Brazil menerusi akaun Twitter rasmi pasukan, sambil memaparkan video Neymar di padang latihan.

"Persiapan kini diteruskan untuk aksi kedua Piala Dunia."

Selepas berdepan Costa Rica, Brazil akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang Serbia di Moscow.

Advertisement

Must Watch Video